~Assalamualaikum wbt~
~Ada lar kisah dua orang budak ni. Sorang ni A dan sorang ni B. Yang A ni, masa kecik, pemalas sangat. Yang B, rajin. Okay.. Aku cerita pasal dorang dalam perenggan yang berbeza.
A ni masa kecik, malas sangat nak mengaji. Kalau baca pun 1 mukasurat je just sebab tak nak duduk kelas agama tu lama2. Kadang-kadang, dia sanggup skip beberapa page supaya cepat khatam. Dia fikir, kalau dah khatam, tak payah baca dah. Khatam lar dia tanpa sempurna. Bertahun2 dia tinggalkan Al-Quran itu berhabuk. Kadang2, ada juga keinginan nak tau maksudnya tapi dia tak faham dan akhirnya, tutup semula. Tapi setelah mendapat hidayah (Alhamdulillah), dia selalu juga baca Al-Quran serta maksudnya. Siap ada Al-Quran sendiri walaupun masih belum lancar bacaannya.
B ni masa kecik pula, rajin. Bila ibu dia suruh mengaji, zZzzzuuppp! terus buat! Tak pernah skip kelas agama. Dia baca dengan penuh teliti. Alhamdulillah, dia pun akhirnya khatam sama dengan A. Tapi selepas khatam, Al-Quran itu tidak diselak lagi. Bacaan Al-Quran cuma ada ketika pembelajaran Tilawah untuk subjek Pendidikan Islam dan juga bacaan Yassin sedangkan bacaannya sungguh lancar sekali.
End of the story. Sila jangan amik serius sangat tapi teta kena amik serius. Cerita ni rekaan je tapi tak boleh pandang sebelah mata gak. Apa yang aku cuba sampaikan ialah tentang konsisten. A ni dah ler tak khatam dengan betul. Bacaan pun tak lancar tapi dia berusaha untuk perbetulkan. B lain cite. (Aku tak nak explain)
Okay.. Maybe takde kaitan dengan soalan kat atas. Masa ujian tilawah nanti, kita jangan hipokrit. Kalau tak berapa lancar, baca je. Insya-Allah, ustaz/ustazah akan betulkan. Ujian tilawah tu nanti ada dua. Ada group yang ustaz/ustazah akan bagi surah dan suh kita baca (tanpa tengok Al-Quran). Ada satu lagi group (cam aku), baca je ayat yang ustaz/ustazah tunjuk.
Lepas ujian tu, dia akan bahagikan kepada tiga iaitu kelas Tilawah, Study Circle dan Fardhu Ain. Kalau kita memang tak lancar membaca dan duk paksa diri untuk dapatkan kelas Study Circle, kita sendiri rugi. Kenapa? Bila kelas Tilawah, kita akan belajar hukum bacaan dan cara mengaji dengan betul.
Tak payah malu sebab bila ujian tu nanti, cuma antara kita dan ustaz/ustazah tu. Dorang takkan gelakkan kita. Jangan malu bila kita nak mempelajari satu benda yang mulia. Dorang pun takkan marah kita. Cam aku, aku takut gak. So, masuk2 je bilik tu, aku senyum dan bagi salam. Senyum je (jangan senyum yang menakutkan lak). Dah habis, cakap terima kasih dan senyum.
Takpe kalau tak lancar. Asalkan kita ada usaha. Kalau rasa tak nak masuk kelas Tilawah, boleh ler start betulkan pembacaan dari sekarang. Kena korbankan sikit duit ler. Tapi bak kata makcik aku, apa salahnya kita guna duit kita ke jalan Allah? Korang boleh beli Al-Quran digital ni.
sumber : inche google |
My dad bought this from my mom (Aww.. So sweet) tapi aku pernah amik, bawa gi UIA. Hehe.. Aku guna ni untuk hafal surah Al-Furqan. Kalau nampak cam bentuk remote tu, tu sebenar alat suara. Tekan je kat nombor ayat dalam Al-Quran, remote tu akan ada suara seorang lelaki (aku tak tau apa nama Imam tu) yang bacakan ayat tu dengan bacaan yang betul. Jadi, korang boleh ikut lar cara bacaan dia.
Satu lagi cara, guna handphone lar derr.. Aku tahu, sekarang ni ramai guna Samsung lar, Xperia lar, Iphone lar, Ipad lar and whatsoever.. (tak cam aku). So, apa salahnya download bacaan Al-Quran? Boleh dibawa ke mana2 sebab portable. Ye dak?
Rasanya, tu je kot. Takpe. Tak semua budak UIA ni hebat mengaji. Tak semua budaknya tahfiz. Macam aku ni, pun tak hebat lagi. Bacaan Al-Fatihah pun masih dalam proses untuk diperbetulkan. So, tak perlu malu. Belajar tak boleh malu. Malu bertanya, sesat jalan. :) Astaudi'ukumullah. Wassalam~
1 comment:
:D
Post a Comment