Assalamualaikum wbt
~Tadi masa kelas Arab, ustaz bertanya kat sorang brother ni, "Anta soleh?" Tapi bukan ler sorang yang jawab. Reramai. Ada jawab, YA! Ada yang jawab, Wallahua'lam. Ustaz tanya pula kat sisters, "Anti solehah?" Masa tu, kitaorang pandang sesama sendiri. Nak jawab "Na'am" ( Ya ) pun salah, nak jawab "La" ( Tidak ) pun salah.
Tengah hari, aku pun pergi ler lunch dengan kengkawan aku kat Cafe Ali Bistro. Berbual macam-macam sampai ler tentang kelas arab tadi. Berbual apa sebenarnya jawapan kitaorang tetang persoalan tu.
Tapi yang buatkan aku terkejut bila kawan aku cakap aku ni solehah. ==' ( Say what??? ) Aku cuba untuk nafikan and jadikan sorang lagi kawan aku sebagai backup. Tapi dia jawab, "Kau kira dah solehah dari segi luaran. Pakai tudung labuh, pakai handsock lagi. Aku ni? Handsock pun takde."
Aku tak berapa selesa sebenarnya bila dorang cakap camtu tapi aku dengan sedaya upaya tenangkan diri dan cakap, "Solehah tu besar maksudnya." Tu je yang mampu terkeluar dari bibir aku.
Nak kata aku ni hebat dalam bahasa, takde lar gak. Tapi apa yang aku nak cakap kat sini, aku bukanlah solehah. Aku pernah je pakai baju tak cukup kain, pakai tudung singkat. Cuma mungkin masa untuk aku tersedar semua tu lebih cepat daripada yang lain-lain.
Mungkin ada yang boleh kata, "Kau solat lima waktu, tutup aurat, takde couple2, takde blah.. blah.. blah.." Yer... Mungkin.. Tapi ada benda yang korang terlepas pandang. Adakah korang benar-benar yakin yang aku ni seorang 'anak' yang solehah? Aku rasa 'tak langsung'!
Brothers and sisters. Don't judge people too early. Even better, don't judge at all! Hehe.. Sebab kehidupan manusia ni berbeza. Hidup dia lain. Hidup kita lain. Walaupun adakalanya mengalami situasi yang sama tapi perasaan tu tetap berbeza. Jadi, kita susah nak tau orang tu camne. Hanya Allah yang tahu kan?
Lebih-lebih lagi, tak payah riak takabbur kata diri dah aa'lim sebab korang solat terjaga dan aurat tertutup. Tak perlu de. Berapa tahap keyakinan korang yang amalan korang tu diterima Allah 100%?
Aku takkan pernah tau tahap keimanan aku. Sampai ke akhirat, rasanya aku takkan pernah tau. Tu sebab aku tak berapa kenan bila ada yang panggil aku 'budak baik', 'budak aa'lim', 'budak extreme' atau 'budak solehah'. Dear people, aku cuma takut ada perasaan riak dalam diri ni. Kasihanilah diri ini ek? Hehe..
Sisters and brothers. Tak semestinya kalau aurat korang tak 100% tertutup bermakna korang tak beriman. Tidak sama sekali. Aku memang mengaku, aurat aku pun tak 100% tertutup. Ni bukan rendah diri ek. Ni realiti. Tapi Allah swt sahaja yang lebih mengetahui segalanya. So, don't ever give up to improve yourself! There's always a chance.
Aku pun ambil dalam masa 19tahun untuk berubah. Rasanya, ni pun bukan 100% bagus lagi. Nape? Aku bercakap tak serupa cam perempuan. Hehe.. Dear people, soleh/solehah tu besar maksudnya. Dia bukanlah ditakrifkan melalui pakaian yang tertutup tetapi hati yang sentiasa dibersihkan dengan taubat pemiliknya.
Pernah seorang brother yang ada masalah sosial, menasihatiku, "Atiqah belum nampak dunia luar lagi. Bila dah nampak, baru Atiqah tau, dunia ni takdelah seindah mana." Mungkin ayat yang sangat simple tapi satu perkataan yang mendalam. Dan daripada dia, aku alhamdulillah, mampu mematangkan diri melihat perkara baru. Suatu perkara yang datang daripada seorang manusia yang ada masalah sosial kepada gadis kecil yang masih bertatih ke alam baru.
So, don't ever judge people like us, aa'lim, soleh atau extreme sedangkan kami sendiri ni sangat lemah. Kami memerlukan pertolongan kalian jua. Biarlah aa'lim dan soleh itu terus dipegang oleh Nabi dan Rasul kita. Kita sebagai insan yang lemah, sedaya upayalah cuba meningkatkan diri kita di mata Allah daripada terus judge people yang dia tu baik and selayaknya dapat keredhaan Allah. Tidak sama sekali. Kitaorang pun sama je dengan korang. Wassalam~
p/s : Sleepy....
Written by Atiqah Farhana Safian
No comments:
Post a Comment