~Assalamualaikum wbt~
~Okey.. Seriously dah lama tak update. Sifat kemalasan aku dengan Iman mula membuak-buat di semester ini. Sila jangan contohi kami. Okey.. Jom baca entri kat bawah ni.
Since aku kecil sampai lar sekarang ( yer.. saat ni gak ), ayat yang paling aku selalu gak dengar lar ( takdelah selalu sangat ) ialah "bersederhana je lar.. Tak payah extreme sangat.." Bagi sesiapa yang selalu dengar ayat ni, faham lar kan apa yang dimaksudkan tu kan?
Yer.. They're talking about covering aurah. Jangan tanya aku kenapa sebab aku jarang cakap camtu. Oh.. Aku pun memang selalu kena dengan ayat tu especially lepas aku masuk UIA ni. And of course, you guys know why.
Aku maleh nak cakap pasal tutup-tutup aurat ni semua. Kang ada lak yang salah faham lar bagai. Maleh nak jadikan isu. This is not about giving an anwer but more towards asking you guys a question. Have you ever wondered why people always said, 'bersederhana' in clothing rather than anything else? Perasan tak?
Kenapa bukan ayat-ayat camni keluar ek?
1. Tak payah solat-solat sunat tu semua. Solat wajib je.
2. Tak payah de hafal ayat al-quran tu. Cukup baca je.
3. Puasa Ramadhan cukup ler. Tak perlu solat sunat tu.
4. Alar.. Pergi Haji untuk orang yang mampu je. Tak perlu de..
And so on....
Kenapa dari segi pakaian je kena bersederhana? Kenapa bukan....dalam mas kahwin? Ceh! Tiqah dah cakap pasal kahwin pula. Hehe.. Seriously. Mas kahwin nak harga tinggi-tinggi je. Rumah lagi besar, lagi bagus. Bila nak buka puasa, berlambak-lambak lauk beli. Kenapa yang tu tak mau bersederhana?
Aku tak kata bersederhana dalam pakaian tu tak bagus. Well, there are good things in it. Lagipun, aku try think positif je lar bila orang suruh aku bersederhana dalam pakaian. Kot-kot lar aku berpurdah lak nanti, tak tahan, aku pun buka and ramai akan mengata aku ni jenis tak tetap pendirian. Mungkin sebab tu kot dorang suruh aku bersederhana. Dorang sayang aku sebenarnya. Hehe..
But dear people. This is just a reminder. Bila ada yang mula berjinak-jinak nak pakai tudung, janganlah cakap kat dia, "tak perlu lar.. sederhana je.. orang pakai tudung pun bukannya baik mana." Or maybe like my case, "kenapa pakai tudung camni? Pakai lah pashmina ke, baju cam adik-adik kamu ni ke. Bergaya lar sikit." Do understand. We're doing the right thing. Ada reason dia bertudung. Ada reason aku melabuhkan tudung. Kan? :)
Moreover, aku bukanlah seorang yang fanatik. Aku tak faham lar apa yang orang maksudkan dengan fanatik ni. Cuba tengok gambar kat bawah ni.
Mungkin dalam gambar kat atas ni, budak tudung labuh tu dikira fanatik. Itu mungkin defintion orang zaman sekarang ni. Kalau yang bersederhana macam budak perempuan yang kulit gelap tu. Maybe.. Maybe..
Do know something. We, hijabers or so called 'extreme people' cover our aurah because of Allah's order, to protect our parents from going to Hell and to protect ourselves. I've changed because of one experience, neither because I'm in UIA nor I want to become an 'extreme' girl. Tapi kalau ada yang nak bagi alasan nanti aku akan cepat berpeluh lar, nanti boleh kena penyakit kulit lar.. Well, I'm not worried about that. I'm more worry about my sins and afraid if I'm the cause of my parents to go to Hell. Kenapa? Tengok LINK ni.
Aku tak pernah perkecilkan sesiapa. Bersederhana tu elok. Tapi lagi elok kalau kita lebih dari bersederhana. Dari segi keagamaan lar. Hehe.. Adakah korang nak kata Rasulullah saw, Abu Bakar As-Siddiq, Umar Bin Khalid, Utman Bin Affan dan Ali Bin Abu Bakar itu fanatik?
Sesiapa yang ada terbaca entri aku tentang aurat, janganlah cepat melatah ok. Aku cuma menyampaikan apa yang Allah perintahkan je. Tu je. Ada yang mengajak dengan perkataan yang jauh lagi kasar. Rasanya, aku takde pun merendah-rendahkan sesiapa. Ye tak? Wallahua'lam..
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
[surah al-Ahzab 33:59]
Ayat kat atas gambar ni datang daripada Allah swt ek. Bukan aku. So, jangan marah aku ek atau panggil aku extreme. Kalau aku tak cakap pun, korang belek Al-Quran, terjumpa gak ayat tu. Kan3? Tu je daripada hamba Allah yang lemah ni. Harap maafkan hamba ini yang masih serba kekurangan ni. Wassalam~
Written by Atiqah Farhana Safian.
Idea by Nurul Iman Syukri.