Saturday, June 29, 2013

Stand On Your Own Two Feet

~Assalamualaikum wbt~

Sumber : Inche Google

~Akhirnya, selepas perah otak sekuat hati (takdelah kuat mana), aku ingat gak apa yang aku nak taip. Sebenarnya, aku teringat masa hari isnin/selasa camtu tapi sebab sibuk punya pasal and takut kerja lain tak berbuat, so aku tangguhkan dulu sampai hari Sabtu. Tu pun, terlupa pagi tadi apa yang aku kena buat sebenarnya hari ni.

So, what's the meaning of 'stand on your own two feet'? Based on Mr Google's knowlegde, it means to be able to provide all of the things you need for living without help from anyone else. No. I'm not gonna talk about preparations for marriage. Ok. Maybe a little. But that's not the real point here. Seriously.

Post ni bukan saja nak nasihat orang tapi nak nasihat diri sendiri gak. Especially kat para wanita ler. Ye, aku ni an perempuan gak.

Aku straight to the point. Yang aku tau zaman sekarang ni, manusia banyak yang bergantung kat orang lain. Contoh? Anak2 yang terlalu bergantung kat parents tuk beli barang2 yang dorang nak. Bergantung dengan kawan untuk join satu aktiviti bersama-sama. Awek yang bergantung kat pakwe tuk belanja dia makan, bawa dia jalan2 and what so ever lah (sorry.. tak banyak experience pasal ni). Perempuan yang terlalu bergantung kepada lelaki tuk bawa dia ke arah 'lebih beriman' selepas nikah tadi. And macam2 lagi lar.

Well, that's so wrong. (I'm talking to you, Tqah) Have you ever wonder, bila parents suh kita jangan kahwin dulu, belajar bersungguh2, dapatkan kerja, dapatkan umah, dapatkan kereta, stabilkan kewangan, etc.? Maybe some of you don't like this statement (SOME!). Me? I'm just okay with it.

Get this, people! Kita bangga cite yang mak ayah kita belikan kita Samsung Galaxy Note 2. Kita bangga cite yang kawan kita sanggup bersama2 dengan kita dalam setiap aktiviti. Kita bangga cite yang pakwe/awek kita sanggup habiskan kredit tuk telefon kita. Kita bangga cite yang suami/isteri kita tu bertanggungjawab melaksanakan tugasnya.

BUT! Apa yang akan terjadi kalau Allah tarik nyawa mereka? Death is a painful truth. Korang tak boleh nak cakap, "Eh, Tqah. Janganlah cakap macam tu." Mati itu pasti. And how on earth you're gonna live on if you're unable TO DO IT YOURSELF?

Tu sebab ada sesetengah parents suh stabilkan kewangan dulu. Belajar hidup berdikari. Sebab kalau satu hari nanti dorang dah takde, at least korang masih mampu teruskan hidup. Let me give you a very simple example. Contoh ni yang paling common kat dalam surat khabar. Ni contoh tuk perempuan ler.

Korang kahwin dengan sorang laki ni yang dari sebelum kahwin sampailah lepas kahwin sangat bertanggungjawab. Dialah yang mengejutkan korang Subuh, dialah yang suh korang tutup aurat, dialah yang bawa korang ke klinik bila sakit sebab korang takde lesen kereta. And dia pun suh korang jangan kerja sebab gaji dia pun dah cukup tuk sara hidup keluarga. One day, dia dah mula berubah, tak amik peduli pasal korang and akhirnya, ceraikan korang. What would you do? You don't have a job. You don't have a car license to go to the clinic. You have 3-4 children to take care of.

Aku tak cakap yang semua laki tu camtu. Same goes to the girls. What I'm trying to say is, berhenti bergantung kepada orang lain and start bergantung kepada Allah DAN diri sendiri. Sila fokus perkataan 'dan' tu ek. Kalau bergantung pada Allah je and takde usaha, tak boleh gak.

Stop being such a useless person. Ye. Aku sangat jujur. It's not wrong to ask for help, but depends on them is totally a NO! Lecturer aku pernah cakap, "Pikir positif pun tak bagus gak. Sebab tetibe kita dapat berita buruk, kita akan kecewa. I always think of the worst. Sebab when things are better than the worst, I feel a lot better."

My mom would be angry if we used our parents money to buy something. But it can't be help since my dad always paid it first before I did. Kawan2 aku masa sekolah kebanyakannya beli handphone and motor sendiri. Everything sendiri. So, bila masuk univesiti/kolej, dorang dah berdikari. Dorang dah reti bajet.

And some of my girlfriends depend too much on their future zauj (husband). Hoping the husband could change them for the better. But that's totally wrong. Macam mana kalau kita dapat suami yang tak sekuat imannya yang kita sangka? Sedangkan isteri Nabi Nuh derhaka pada Allah. Asiah yang beriman pula bersuamikan Firaun yang mengakui dirinya Tuhan. So, what will you do if that happens?

Tak boleh gak join satu aktiviti just sebab kawan korang pun ada sekali. Aku dulu pun masa dapat cikgu, takut gak sebab takde kawan. Yelah. Pi sorang2. Tak tau nak buat apa. But then, semua pun okay je. Nothing's wrong. Pernah dulu, aku join satu kem ni and takde kawan. Masa tu, aku langsung tak enjoy kem tu tu dan akhirnya, aku rasa membazir je pergi situ. Just sebab, aku dulu terlalu bergantung kat kengkawan. And aku sendiri yang rugi. Ish3..

Pakwe, awek pun sama. Keluar berdating. Calling2. From my observation, when people get too addicted and obsessed with this relationship, it will be harder for them to live on when they break up. Seriously, aku pernah jumpa orang camni. Dia terlalu bergantung kat pakwe dia. Sampai bila dah putus, hidup dia terus tunggang-langgang. Bukan nak burukkan dia tapi aku nak jadikan sebagai pengajaran tuk semua.

Become stronger on your own. Don't depend on people too much. Oh.. I don't know if it's true tapi kazen aku pernah cakap, "Most guys like girls who depend on themselves." I didn't say it, my cousin did. Of course, perempuan pun mestilah suka lelaki yang berdikari an? Peace! Wassalam~

p/s : Sedang mencari duit untuk kahwin, eh? Untuk masa hadapan. XD 

Saturday, June 22, 2013

Let's Reduce The Heat :)

~Assalamualaikum wbt~


~Sebenarnya, aku ada terfikir nak post benda lain dua hari lepas. Tapi disebabkan stress dan sibuk, aku terus terlupa. Puas perah otak, tak ingat gak. Takpelah. Maybe Allah tak izinkan aku untuk post benda tu (masih memerah otak).

However, aku memang dah lama terfikir untuk post benda ni cuma maybe tak berapa berani kot~ Entah. Disebabkan perasaan takut ni agaknya post aku tak berapa menarik. Oh well. Benda ni aku dah lama perasan dan untuk explain benda ni, bukan amik dalam beberapa saat. Jadi, selalunya aku diamkan benda ni. Tapi hari ni, aku nak explain perkara yang sebenar yang kemungkinan besar, orang tak perasan pun.

Aku selalu pakai jubah hitam dan tudung bawal yang lembut dan berwarna selain hitam. Tapi kalau aku malas sangat, aku pakai je semua hitam. Ramai gak orang mengatakan apa yang aku pakai ni boleh menyebabkan peluh dan ruam yang teruk. Oh yes. Terpaksa aku mengaku. Memang aku berpeluh pakai baju camni.

Ada gak orang cakap, apa aku pakai ni simple sangat and tak bergaya. The truth is, entah apa niat aku untuk menutup aurat ni, aku paling tak suka dipuji (walaupun kadang2 tu suka lar gak) tapi aku tak berapa gemar. Paling2 aku tak suka orang puji, "cantik baju". Well, there's a reason why I don't like to wear shawl, inner, jeans and what so ever.

Percaya or tak, baju yang ketat ni boleh menyebabkan peluh yang lebih teruk. Tak percaya? Bila baju melekat pada kulit, takde udara yang dapat lalu di antara kulit dan baju. Jadi, menyebabkan peluh yang lebih teruk especially kat bahagian dada. Tak percaya lagi? Siapa yang pernah pergi luar negara, mesti tahu apa yang dorang perlu pakai masa musim sejuk.

Sebanyak mana pun baju yang kita pakai, kita mesti pakai baju dalam iaitu dipanggil 'long john' atau thermal underwear. Kira, dia boleh tahan sejuk. Dan percaya or tak, long john ni agak ketat dan lebih bagus kalau melekat pada kulit. 

Konsep paling senang aku boleh bagi. Bayangkan kita tidur dalam bilik yang sedang dipasang air-cond. Kita ambil selimut dan kenapa kita balutkan betul2 selimut pada badan kita? Sebab bila macam tu, kita akan rasa lebih kurang sejuk berbanding hanya meletakkan selimut pada atas badan kita je. Logik?

Sejujurnya, aku tak halang pun orang bergaya. Memang cantik tapi aku tak berapa gemar kalau aku sendiri bergaya. Kesian suami den, nanti dia jeles. Eh? Hehe.. Ada orang marah, aku pakai jubah, lepas tu pakai handsock. 

But I think that's even better than wearing inner yang berlengan panjang dan pakai t-shirt kat luarnya. Dada antara paling mudah nak berpeluh. Kalau aku pakai macam situasi kedua tu, kira aku dah pakai dua lapis kat bahagian dada. Berbanding macam apa yang aku selalu pakai, hanya rasa berpeluh di tangan.

2nd, kenapa aku tak pakai shawl? Shawl ni selalunya jarang. Kalau pakai pashmina, memang tebal dan panjang. Tudung ni function nak tutup dalam dia. Kalau nampak dalam, takde fungsi ler. So, terpaksa pakai anak tudung. Shawl ni lak selendang. Kena lak lilit2. Kan dah sampai berlapis2 kat kepala? Kepala dan bahagian dada dah berpeluh.

Oh yes. Aku memang pakai tudung bawal dengan anak tudung. I'm trying to collect money to buy this kind of tudung yang labuh dan tak jarang. Tak perlu pakai inner pun. You can check out her PAGE.


Hasil lukisan daripada saudari Nurul Izzah

Post di sini bukan untuk menyuruh korang semua jangan berfesyen dan kena pakai baju 'simple' cam aku ni. Aku cuma nak cakap kenapa aku tak nak pakai baju berlapis2. Most of the baju yang penuh gaya ni berlapis2 and it causes users to sweat even more. 

Orang kata, bila aku pakai tudung labuh dan baju longgar menyebabkan peluh dan ruam yang teruk. Tapi aku rasa, pakai baju ketat lagi menyebabkan peluh yang lebih teruk.

Easy peasy.. Tutup aurat tu memang perlu tapi kalau nak bergaya, kena check gak, kain jenis apa yang korang guna. Of course, kalau jarang, memang kena lar pakai berlapis2. Aku tak berapa syorkan pakai tudung jenis lycra sebab bagi aku, dia agak panas. Lycra ni melekat pada kulit.

Oh.. Kenapa aku jarang pakai jeans? Sebab dia berat dan tebal. (==') Pakai jubah lagi best. Pakai dengan track suit je. ^^ Kalau tak percaya apa aku cakap, cuba test untuk 2hari. Sehari pakai jubah, track suit, tudung labuh, stokin dan handsock. Esoknya, pakai shawl dengan inner tudung, t-shirt with inner baju, seluar jeans dan stokin. Which one is better? Yes, dua2 pun panas tapi mana satu lebih kurang panas?

Simple is better sebab nak keluar pun senang. Tak payah ler ayah or abang or inche suami duk tunggu berjam2 tuk korang bergaya. Orang suh aku pakai kaler striking. The thing is, aku tak suka jadi tumpuan or mencapub. Again, post ini bukan untuk memerli mereka yang bergaya tapi masih menutup aurat ataupun mereka yang masih belum menutup aurat. Aku pun belum sempurna lagi bab tutup aurat ni.

Cuma nak kongsi je pendapat aku dengan semua orang. Takpelah panas di dunia. Jangan panas kat akhirat. To people yang ada niat untuk menutup aurat, teruskan niat! Jangan putus asa. Tapi jangan niat je, kena gak usaha. May Allah permudahkan segalanya, Insya-Allah. :)  Wassalam~

Monday, June 03, 2013

Lamb To The Slaughter

~Assalamualaikum wbt~


~Habisnya CFS bermaksud habisnya seksaan membuat projek GC dan ED untuk sementara waktu. Aku ulang, 'sementara waktu'. So, memang aku banyak masa yang free ler sepanjang 3bulan cuti ni. Tapi free, free pun aku takde idea nak taip apa. Dah 2bulan tak blogging, memang otak tepu ler. Otak digunakan untuk luah idea design je.

So, aritu kemas2 barang, aku terjumpa short story yang aku dengan 3orang kawan aku tulis untuk kelas 'english'. Bila baca balik, tersenyum sendiri. Madam suh kitaorang sambung plot daripada cerita 'Lamb to the Slaughter'. Kira ending kitaorang semua lain2. Cite ni kisah pembunuhan, pembunuh dia terlepas dan senjata dia hampir dimusnahkan.

Jadi, aku tekad nak tangkap pembunuh tu tapi tak boleh ler main tangkap tanpa bukti an? So, aku sanggup baca komik 'Detective Conan' sampai episod 100 just untuk dapatkan idea. Mereng tak? Therefore, tercipta lar cite yang agak merepek dan perasan ala detektif ni. Enjoy~ *Starting cite dia boleh baca kat SINI*

*Ni hasil tulisan kitaorang*

Nevertheless, Edmund did not join the feast. Why there were droplets near the corpse? Tears? There were too many of them and droplets is cold. But, something kept bothering Edmund.

"Care for a drink?"

Edmund turned and saw Mary Maloney handed him a glass of wine with her left hand. He smiled and took a sip. Before the glass could reach her hand, something caught his eyes.

"Your palm. There's a cut."

"Oh. I have this when I cut the vegetables."

Mary Maloney just stared at her left palm. Edmund's expression was empty but he decided to leave the room where the husband died. In the kitchen, his teammates were still eating.

"Edmund, do join the feast," Mary Maloney invited him.

But, Edmund just shook his head and there he saw a wrapping paper near the sink. He took it and felt the paper with his fingertips. Judging by the smell, it was used to wrap the lamb that his teammates were eating. Edmund just nodded his head and put the wrapping paper back on its previous position.

"The murderer was you, Mrs Maloney!"

Everyone in the kitchen was shocked! Mary Maloney was petrified with his statement.

"That's impossible! She was at the shop when it happened." Sergeant Noonan raised his voice.

"As you said earlier, Mr Maloney arrived before five and she went to the shop at 5.30 PM and reached there about 6.00 PM. She called the police the police at 6.15 PM. What bothers me is how come she took thirty minutes to go to the shop but managed to arrive back by only fifteen minutes? Even if what she said was true but judging by the condition of the corpse, he died about 5.00 PM to 5.30 PM."

Suddenly Edmund threw a pen towards her. She caught it with her left hand and looked at him. Again, Edmund smiled.

"You're left handed but how did you get you left palm cut? You hold a knife with your left hand and even if you accidentally cut your hand, it only can hurt your right one. Tell me again, Mrs Maloney, how did you get your left palm cut? Is it because when you were holding the weapon?"

Silence. But, Sergeant Noonan came up front.

"Even if it's true, then where's the weapon?"

"In your stomach! You ate the weapon. The weapon was the lamb."

"Where's your prove?" asked Mary Maloney.

"Look at the crime scene. There were droplets near where Patrick died. There were no leaks. And the droplets is icy cold. And there is also droplets on the wrapping paper that wrapped the lamb. Isn't that right, Mrs Maloney?"

Everyone look at her. She grew silent but still smiling. Tears began to roll from her eyes. It was a cold one. Colder than ice.

"I just wanted to send Patrick to heaven. If he lives, he would hurt me and he'll be sent to hell."

And the case was solved. She was sent to the psychotherapist for a serious treatment. But there were words that Edmund could never forget. The last word from Mary Maloney, "I'll be back."

-The End-

Monday, March 11, 2013

Ujian Tilawah?

~Assalamualaikum wbt~


~Ada lar kisah dua orang budak ni. Sorang ni A dan sorang ni B. Yang A ni, masa kecik, pemalas sangat. Yang B, rajin. Okay.. Aku cerita pasal dorang dalam perenggan yang berbeza.

A ni masa kecik, malas sangat nak mengaji. Kalau baca pun 1 mukasurat je just sebab tak nak duduk kelas agama tu lama2. Kadang-kadang, dia sanggup skip beberapa page supaya cepat khatam. Dia fikir, kalau dah khatam, tak payah baca dah. Khatam lar dia tanpa sempurna. Bertahun2 dia tinggalkan Al-Quran itu berhabuk. Kadang2, ada juga keinginan nak tau maksudnya tapi dia tak faham dan akhirnya, tutup semula. Tapi setelah mendapat hidayah (Alhamdulillah), dia selalu juga baca Al-Quran serta maksudnya. Siap ada Al-Quran sendiri walaupun masih belum lancar bacaannya.

B ni masa kecik pula, rajin. Bila ibu dia suruh mengaji, zZzzzuuppp! terus buat! Tak pernah skip kelas agama. Dia baca dengan penuh teliti. Alhamdulillah, dia pun akhirnya khatam sama dengan A. Tapi selepas khatam, Al-Quran itu tidak diselak lagi. Bacaan Al-Quran cuma ada ketika pembelajaran Tilawah untuk subjek Pendidikan Islam dan juga bacaan Yassin sedangkan bacaannya sungguh lancar sekali.

End of the story. Sila jangan amik serius sangat tapi teta kena amik serius. Cerita ni rekaan je tapi tak boleh pandang sebelah mata gak. Apa yang aku cuba sampaikan ialah tentang konsisten. A ni dah ler tak khatam dengan betul. Bacaan pun tak lancar tapi dia berusaha untuk perbetulkan. B lain cite. (Aku tak nak explain)

Okay.. Maybe takde kaitan dengan soalan kat atas. Masa ujian tilawah nanti, kita jangan hipokrit. Kalau tak berapa lancar, baca je. Insya-Allah, ustaz/ustazah akan betulkan. Ujian tilawah tu nanti ada dua. Ada group yang ustaz/ustazah akan bagi surah dan suh kita baca (tanpa tengok Al-Quran). Ada satu lagi group (cam aku), baca je ayat yang ustaz/ustazah tunjuk.

Lepas ujian tu, dia akan bahagikan kepada tiga iaitu kelas Tilawah, Study Circle dan Fardhu Ain. Kalau kita memang tak lancar membaca dan duk paksa diri untuk dapatkan kelas Study Circle, kita sendiri rugi. Kenapa? Bila kelas Tilawah, kita akan belajar hukum bacaan dan cara mengaji dengan betul.

Tak payah malu sebab bila ujian tu nanti, cuma antara kita dan ustaz/ustazah tu. Dorang takkan gelakkan kita. Jangan malu bila kita nak mempelajari satu benda yang mulia. Dorang pun takkan marah kita. Cam aku, aku takut gak. So, masuk2 je bilik tu, aku senyum dan bagi salam. Senyum je (jangan senyum yang menakutkan lak). Dah habis, cakap terima kasih dan senyum.

Takpe kalau tak lancar. Asalkan kita ada usaha. Kalau rasa tak nak masuk kelas Tilawah, boleh ler start betulkan pembacaan dari sekarang. Kena korbankan sikit duit ler. Tapi bak kata makcik aku, apa salahnya kita guna duit kita ke jalan Allah? Korang boleh beli Al-Quran digital ni.

sumber : inche google

My dad bought this from my mom (Aww.. So sweet) tapi aku pernah amik, bawa gi UIA. Hehe.. Aku guna ni untuk hafal surah Al-Furqan. Kalau nampak cam bentuk remote tu, tu sebenar alat suara. Tekan je kat nombor ayat dalam Al-Quran, remote tu akan ada suara seorang lelaki (aku tak tau apa nama Imam tu) yang bacakan ayat tu dengan bacaan yang betul. Jadi, korang boleh ikut lar cara bacaan dia.

Satu lagi cara, guna handphone lar derr.. Aku tahu, sekarang ni ramai guna Samsung lar, Xperia lar, Iphone lar, Ipad lar and whatsoever.. (tak cam aku). So, apa salahnya download bacaan Al-Quran? Boleh dibawa ke mana2 sebab portable. Ye dak? 

Rasanya, tu je kot. Takpe. Tak semua budak UIA ni hebat mengaji. Tak semua budaknya tahfiz. Macam aku ni, pun tak hebat lagi. Bacaan Al-Fatihah pun masih dalam proses untuk diperbetulkan. So, tak perlu malu. Belajar tak boleh malu. Malu bertanya, sesat jalan. :) Astaudi'ukumullah. Wassalam~

OH MY ENGLISH!

~Assalamualaikum wbt~


~Ampun maaf dipinta. Bulan Februari, aku langsung tak update pape. Banyak busy maa. Projek berlambak. Projek kedua untuk subjek ED yang dah buat tangan aku rasa cam dah takde function pun. GC yang tak pernah putus2 duk hinggap dalam kehidupan aku. Tapi dalam masa sama, sifat malas yang tetiba menyibuk nak menyelit.

Ada dua soalan aku dapat daripada comment box so aku cuba jawab seringkas-ringkasnya. Aku ni takde lar terer sangat and aku ni sepatutnya tak layak nak dijadikan rujukan untuk bertanya. Tapi aku akan cuba sedaya upaya gak, Insya-Allah. Maaf kepada yang bertanya ek sebab lambat sangat nak jawab soalan.

Alhamdulillah, adik kita ni nak masuk UIA. Semoga dipermudahkan. Hmm.. Where should we start? Sebenarnya, sebelum aku masuk UIA, aku pun takde lar reti sangat cakap english ni. Tu sebab ayah masukkan aku dalam kelas english tapi kitaorang bukan belajar sangat bab grammar, vocabulary. (ada lar sikit) Tapi lebih kepada buat presentation, bercakap dengan audience.

Bila masuk UIA ni, dorang sediakan 6levels. Dan level paling mantap and tak payah belajar english dah ialah 'exempted'. Level 1 ialah level paling rendah dan level 6 ialah level paling tinggi. Jangan risau. Paling rendah pelajar boleh dapat selalunya, level 3. Macam aku dulu, dapat level 5, therefore I was sent to 2years programme (berdasarkan peraturan AED department, yang english dia dapat level 6 dan exempted je boleh dapat 1year programme).

Aku rasa, takde benda pun nak ditakutkan. Maybe student lebih takut dengan exam english masa Ta'aruf Week (minggu orientasi). Tapi sebenarnya, dia just nak tengok prestasi kita camne so that boleh lar dorang ajar kita berdasarkan pengetahuan kita.

Bab speaking, jangan risau. Yang penting, confidence. Dan kenalah practise selalu. Macam aku ni, aku memang jarang bercakap dalam bahasa inggeris except bila dah kena cakap kat depan lar. Tapi aku berkawan dengan sorang yang selalu cakap english, so yeah, I'm used to that.

Bila exam, untuk dapatkan exempted, pelajar kena dapat Band 5.5 untuk writing, Band 5 untuk speaking dan reading. Student kena fokus lebih sikit kat writing sebab task yang tu lar yang selalunya buat student terpaksa repeat english. Macam aku ni.. Sob3..

Tapi takpe kalau repeat. Sebab korang akan dapat lecturer yang tegas, yang takkan kasi korang ponteng kelas and kasi latihan banyak2!! Tapi dalam masa sama, lecturer ni akan fokuskan grammar yang kita rasa kita dah mahir tapi sebenarnya, tak. Masa tu, tanpa korang sedar, english korang akan bertambah baik.

Untuk kasi korang lulus english, dorang akan suruh korang simpan latihan yang korang dah buat sebagai bukti usaha korang untuk lulus. Jangan sedih kalau repeat sebab sebenarnya, berbaloi. Aku yang selalu dapat Band 5 je untuk writing, akhirnya dapat Band 6. Cam tak caya je. Alhamdulillah, hazihi min fadhli Rabbi.

So, jangan takutlah english ni. Bosan memang tak bosan tapi kalau korang ikhlas, Insya-Allah, korang akan dapat manfaatnya. Tapi tak boleh harap pada lecturer je tau. Kenalah ada usaha sendiri. Kena banyak praktis. Macam aku dulu, research karangan yang ada and tulis balik. Lepas tu, check kat kamus mana perkataan tak faham. Simple as that. And buat ler latihan yang lecturer dah kasi. Jangan malas pula (macam aku ni)

Kalau rasa nak tips2 untuk tingkatkan kemahiran english korang, boleh klik kat nama AIMAN AZLAN ni. Listen carefully what he said and take note. Ok guys? Jangan takut dengan english. We still gonna use it and communicate with the foreigners. Jadi pelayan Kenny Rogers Roasters pun kena cakap dengan orang omputih tau (ye.. Saya sentiasa dijadikan mangsa untuk ambil order daripada foreigners). 

Never say you're not good enough. To be good, you need to work on it! Don't run away from the problem but solve it! Gambatte!! Astaudi'ukumullah. Wassalam~ 

Wednesday, January 23, 2013

The Great Mistake

~Assalamualaikum wbt~

Sumber : Inche Google - Matluthfi (Rokok & Kopiah)

~It happened on last Sunday. I was supposed to return to my campus, CFSIIUM but my neighbour made a 'majlis kesyukuran' so I thought of attending it first and returned back in the evening. My parents, sisters and I went there and I was wearing my favourite Jubah and a red long hijab.

Only my father went to the front door and we (my mom, sisters and I) went to back. So, we sat with the others (women only) while reciting some of the du'a.

Then, we ate rice with some of the dishes and at that time, my mother was busy talking with my other neighbours and one of the elders. Well, like always, my mom would talk about her school. (since she's a principle) While me, I was busy texting to settle things up.

At that time, a boy came. Well, I don't know what age he is, but judging by his height, voice and face, I could tell he's a teenager. 16-25 maybe. I don't know. But, the time I saw him, I knew he had a down syndrom. It's not very serious but sometimes, he sang alone and do some hand movements. (like as if dia tengah syok sendiri lar) He sat on a sofa just behind from one of my neighbours.

So, it was almost Zuhr. We decided to return home since my sister and I have to return to our campus as soon as possible (especially me!!). Of course, we shook hands (salam.. I don't really know the english word for this) to the elders, even youngsters. And so, I went to my neighbour who's near enough to the boy just now. After we shook hands, the boy suddenly reached his right hand to me. ERRR~~~ ==' I was quite surprised and stared at him. He giggled but his hand is still waiting for me to shake hands.

And to my surprise, I did!! OH MY! While we shook hands, I suddenly remember, "Eh? Aku kan pakai tudung labuh. Asal aku tak cover tangan aku? Argh!" I don't know what was I thinking. I went out and kept on thinking about it (UNTIL TODAY!!). I know he had a down syndrom but of course, he's not my mahram and we can't touch each other (except if it's a real emergency).

So, when we returned home, my heart (or brain) suddenly spoke, "Maafkan saya, suamiku.." And a few minutes later, I felt like a bullet was shot at my brain. "I should have said, "Maafkan aku, Ya Allah kerana melanggar perintah-Mu." Yup.. It was my mistake for doing it and asked forgiveness to the wrong person.

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Riwayat Al-Tabrani dan Baihaqi)

"Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Surah An-Nisaa' : 106 )

P/S : I'm not married yet. :p

Wednesday, January 16, 2013

Susah Ke Bahasa Arab?

~Assalamualaikum wbt~

Komen daripada cik Anon di salah satu entri aku

~Well, komen ni dah lama. Kalau korang tengok tarikh dia, komen ni ditulis pada 2 Januari 2013. Aku sebenarnya dah reply tapi untuk adik kita sorang ni, aku buat je lar entri. Maybe yang lain dapat faedahnya sekali, Insya-Allah.

Ni soalan yang femes sebenarnya bagi bukan pelajar UIA. Percaya atau tak, ada sorang kawan aku teringin nak masuk UIA tapi ramai halang dia just sebab nanti dia kena belajar arab. Kenapa nak takut, kawan2? Al-Lulghatul Arabiyah hiya Al-Lulghatul Jannah (Bahasa Arab ialah Bahasa Syurga). Aku tak tau ejaan dan sebutan aku betul ke tak. Harap dapat betulkan. ^^

Ok.. Soalan daripada Encik/Cik Anon kita ialah "Exam bahasa Arab kat UIA susah tak?" Hmm.. Camne nak cakap ek? Kalau korang belajar, datang kelas, senang sangat! Alar.. Soalan macam darjah satu. Betul! Tak tipu! Kalau boleh, aku nak tunjuk je kertas exam aku masa midsem. Tapi dah hilang ler. :P Aku tak tipu!!

Ada gak soalan yang dia just tunjuk gambar and kita kena tulis nama dia dalam bahasa arab. Kalau ada gambar kucing, korang tulis je, "kittun" (dalam tulisan jawi ek). Ada guess what? Ustaz dan ustazah kat sini still akan bagi markah penuh kalau korang tak tulis 'baris'. ^^

Mungkin ada yang cuak, masuk2 je dah ada exam Arab. Bagi yang dah belajar arab, takde masalah. Bagi yang takde basic macam aku ni, (sebenarnya ada tapi sebab dulu selalu ponteng sekolah agama petang, aku cakap ler takde basic) korang just tulis nama, matric number, course dan tick kat satu kotak kecil ni yang mengatakan anda takde basic arab (macam aku buat). Korang takut affect pada berapa tahun korang akan ada di UIA? Takpe.. Kalau korang hebat dalam english, Insya-Allah, korang boleh dapat setahun program. Kalau macam Architecture, kalau korang dapat Level 1 (level paling lemah) untuk bahasa Arab tapi dapat Level 6 dan exempted untuk english, korang boleh dapat setahun program.

Jangan risau pasal anda bukan budak sekolah agama. Aku ni pun bukan dari sekolah agama. Cuma pelajar dari sekolah biasa sahaja. Nanti ustaz2 akan ajar korang. Dan dia akan ajar korang macam budak2 darjah 1. XD Mungkin korang akan dapat ustaz dari negara asing. Tapi jangan risau, dorang ajar memang bagus. Kalau tak faham, jangan malu. Angkat je tangan, dan tanya apa maksud perkataan tu. "Ma ma'na asif?" (Apa maksud maaf?)

Lisan? Ujian lisan pun senang. Jangan risau. Aku pun lemah gak dulu tapi Alhamdulillah, dapat gak B. Dia takkan affect pada pointer kita. Korang just perlu dapat markah 50 ke atas, kira korang dah pass. Kalau tak pass, kena repeat ek. ^^ Tapi hampir 99% akan pass. Yang tak pass tu, selalunya yang memang tak buka buku langsung dan tak masuk kelas.

Twitter Pak Arab

Okay.. Dia bukan exactly 'pak arab' tapi aku dengan kawan2 aku panggil dia pak arab. :p Orang selalu panggil dia 'ustaz'. Kalau korang rasa, korang perlukan extra ustaz, korang follow je twitter ustaz kita ni. Korang tanya je, apa perkataan bahasa arab yang korang tak faham, Insya-Allah ustaz akan jawab. ^^ Jangan takut! Dia ni baik dan friendly! ( ish.. ustaz, saya da puji ustaz ni. belanja tau. :P )

Aku tak tau nak cakap ape dah. Tapi yang paling penting masa belajar, pasanglah niat dengan baik. Belajar sebab nak faham. Belajar sebab korang nak aplikasikan pada diri. Aku dulu bertambah semangat nak belajar arab ni lepas dengar ustaz2 ni duk borak dalam bahasa arab. Teringin gak nak faham. (yeke, Tqah? Bukan sebab kau jeles tengok kawan kau dapat markah paling tinggi?)

Jangan kita takut dengan bahasa arab. Bahasa Korea, Bahasa Jepun, Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, beria naa kita nak belajar. Nanti kat kubur, bahasa arab gak kita guna. Kat Akhirat. Kat syurga. Tak nak ke kita faham sikit apa yang kita duk sebut masa kita solat? Atau maksud kitab-Nya yang kita baca? Well, that's all from me. Thank you for reading. Astaudi'ukumullah (Aku titipkan kamu kepada Allah) Wassalam~


Masmuka/Masmuki? (Nama awak siapa) - Ismi Safian / Ismi Atiqah Farhana
Kaifa haaluk? (Apa khabar) - Alhamdulillah, ana bikhoir (Alhamdulillah, saya baik)
Min Aina Anta/Min Aina Anti (Anda dari mana) - Ana min Maaliiziya (Saya dari Malaysia)
Syukran/Jazakallahu khairon (terima kasih) - Afwan (Sama-sama)